MALAYSIA PERLU AMBIL IKTIBAR DARI KRISIS EKONOMI GREECE

/
0 Comments


MALAYSIA PERLU AMBIL IKTIBAR DARI KRISIS EKONOMI GREECE

Membaca laporan berita Huffington Post yang menyebut bahawa ekonomi Greece yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini, maka Malaysia wajar mengambil iktibar kerana ia juga akan memberi kesan kepada ekonomi Eropah dan tempiasnya juga akan terkena kepada Malaysia.

Ekonomi Greece agak meruncing sejak tahun 2009 disebabkan masalah yang berpunca daripada pengurusan ekonomi lemah, rasuah dan perbelanjaan boros sehingga hutang negara mencecah 113 peratus.

Daripada laporan yang saya baca daripada World Economic Forum, defisit perbelanjaan Greece adalah sebanyak 13.6 peratus dari KDNK pada 2009. Hutang negara Greece pula dijangka naik sehingga 200 peratus dari KDNK tidak lama lagi. Sehinggakan ia menyebabkan pendapatan kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan penjawat awam.

Sehingga menyebabkan semalam, The Economist melaporkan Greece telah menutup operasi banknya dan mengenakan kawalan modal untuk mendesak kegawatan selepas kegagalan rundingan dengan pemiutang antarabangsanya.

Greece terpaksa membayar hutang sejumlah 1.6 billion euro kepada International Monetary Fund (IMF) dalam tepoh 48 jam ataupun mereka akan terkeluar daripada zon Euro.

Krisis yang berlaku ini sebagai bukti bahana yang akan menimpa sesebuah negara apabila berlaku salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.

Fb : Wan Muhammad Mizan


You may also like

No comments: